“Krja Sy MC Tak Laku”- Janna Nick Minta ‘Discharge’ Awl Ksihankan Prduksi Trlib4t.

Artis

Beberapa hari yang lalu, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick dimasukkan ke hospital selepas disahkan mengh1dap v3rtigo. Walaubagaimanapun, Janna meminta untuk keluar dari hospital disebabkan tuntutan kerja.

Faktor Kerja Yang Lib4tkan Ramai Orang

Menerusi Insta Stories, Janna memberitahu bahawa kerjanya melibatkan ramai orang dan tidak sanggup untuk membiarkan mereka terpaksa menunggunya terlalu lama.

“Mintak discharge from the hospital. Sebab.. Kerja kita ni melibatkan ramai orang. Tak sampai h4ti nak buat orang tertunggu.”- kongsi Janna

Tambahnya lagi, bagi peny4kit tersebut lazimnya doktor akan memberi cuti s4kit 5 hingga 7 hari. Namun, Janna menolaknya atas faktor kerja.

“Doktor cakap ‘vertigo ni biasanya saya bagi MC 5-7 hari’.

Saya reply ‘kerja saya MC tak laku’. Maka discharge la keluar.. terus bergerak ke set.”- katanya lagi

Kesan Daripada PKP


Dalam pada itu, Janna menjelaskan bahawa dia tidak mahu bekerja secara berterusan. Namun, disebabkan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penggambaran drama yang dijadualkan selama 3 bulan telah berubah menjadi 7 bulan. Manakala, mereka yang t3rlibat perlu menghabiskan kerja tersebut dengan kadar bayaran yang sama.

“Tahu ramai concern, ‘Please rest..jangan kerja teruk sangat’. Saya bukan nak kerja back 2 back.Tapi ni la kesan dari PKP1/PKP2 ETC. Drama yang sepatutnya shoot 3 bulan dah jadi 7 bulan. Payment tetap sama. Krew tetap kena habiskan job tersebut”- luahnya

Berharap Tiada Lagi ‘Lockdown’

Tambahnya, dia turut berharap agar tiada lagi  sekatan mahupun perintah berkurung dikenakan agar perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“So kita tak boleh selfish. Nak fikirkan diri sendiri. Kena berkorban emosi & fizikal. So semua orang boleh sambung kerja yang seterusnya.

Saya cuma harap perkara-perkara macam ni tak terjadi lagi.”- katanya


Sumber:Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *