“Mereka Itu Tuhan?” – Gvgurnya Air Mata Upiak Gara-Gara Ini..

Uncategorized

Bintang Gegar Vaganza lapan (Gv8) Upiak Isil secara tiba-tiba dib4dai em0si hingga mengalirkan air mata apabila berbicara mengenai kec4man netizen terhadapnya.

Menurut Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 34, dia akui telah beberapa kali dih1na oleh netizen hingga soal keluarganya juga turut terpalit.

Malah, ada juga yang masih tidak henti memp3rtika1kan kemampuan nyanyiannya gara-gara sering membawakan lagu berbentuk komedi.

“Kenapa mereka komen seolah-olah mereka itu Tuhan?.

“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menyanyikan lagu komedi. Kalau dulu, menyanyi di pelbagai acara keraian saya akan bernyanyi secara serius.

“Harus pandai dalam pelbagai genre termasuk Bahasa Inggeris walaupun saya tak berapa pandai.

“Saya orang yang suka fikir dan kadang kala ‘overthinking’. Apabila menerima komen-komen neg4tif, saya jadi kurang keyakinan diri.

“Mereka banyak bercakap mengenai peribadi dan keluarga saya. Tetapi apabila kita terjun ke dalam dunia seni kita harus kuat. Kalau kita tak kuat, habislah,” katanya.

Tambahnya, dia kini mengambil pendekatan untuk tidak lagi mengambil peduli mengenai komen neg4tif berkenaan.

“Sekarang saya sedang belajar supaya tidak peduli dengan komen-komen negatif tersebut.

“Sebagus mana pun kita, pasti kita akan kelihatan salah di mata mereka yang tidak suka.

“Rezeki dan kesempatan itu bukan mereka yang atur,” katanya.

Upiak berkata demikian ketika konsert minggu pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.

Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.

Sumber:bartasangbad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *