Netizen Syak Jihan Sudah Berbadan Dua?. Sekali Ini Jawapan Tuan Punya Badan- “Nak Buat Macam Mana PKP Ni…”

Artis

“Jihan ada baby ker tu?” demikian persoalan segelintir netizen apabila melihat perubahan badan hos Gegar Vaganza 8 (GV8), Jihan Muse ketika mengacarakan rancangan terbabit pada Ahad. Turut menciap kenyataan sama adalah produser drama Tikam, Michael Ang. Tulisnya di Twitter; “Jihan Muse mengandung ke?”

Tambah mengukuhkan spe.kulasi apabila dres hijau yang dipakai seakan-akan cuba menyembunyikan saiz perutnya. Menjawab spe.kulasi itu, kata Jihan dia belum lagi hamil namun sedang merancang untuk menimang cahaya mata kedua.”Kita nak, doakanlah kita pregnant. Tapi sebab look a like kan? Nak buat macam mana, naiklah (badan) PKP ni. Tak ada.

“Belum lagi… Tak betullah, tapi kita nak doa tu sebab memang nak (ha.mil). Kita aminkan je lah. Kalau iya, sayalah orang pertama canang.”

“Kita tengoklah mana yang terbaik, insya-Allah. Akan kongsi… Cuma belum lagi. Yang ni bukan…,” katanya kepada Gempak.

Tambah Jihan lagi, dia pernah mengambil pendekatan untuk tidak ghairah berkongsi perihal kehamilannya ketika kali pertama hamil empat tahun lalu.

“Masa hamil kali pertama dulu ketika empat bulan pertama tu saya tak umum. Sebab kita tak tahu kan, masih di peringkat awal,” ujarnya.

Disebabkan cakap-cakap orang berdasarkan penampilannya pada malam konsert pertama GV8, Jihan juga enggan menyalahkan pereka fesyennya yang mungkin mencetuskan bualan ramai.

“Saya tak nak salahkan designer. Tapi kita cuba carry semampu kita, kadang-kadang tak boleh carry dik. “Di patung dan gambar cantik… Tapi tak nak salahkan orang, salahkan badan sendiri.

“Tapi saya menantikan cahaya mata baharu, anak sulung dah masuk empat tahun dan saya pun dah nak masuk 40 tahun. Kita tunggulah, belum rezeki lagi. Doakanlah… ”

“Saya tak terasa pun sebab mengandung tu benda baik. Mana tahu ramai-ramai yang tweet tu lebih 40 orang menjadi satu doa, saya aminkan saja. Kita dah kahwin aminkanlah, kalau kita tak kahwin seram,” tambahnya sambil berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Jihan telah mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.

Sementara itu, konsert pertama GV8 membuka tirai pada 21 November dengan menampilkan 13 persembahan setiap bintang yang bertanding. Aliff Aziz diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama manakala Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan terakhir.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *