So̞rok Punya Soro̞k, Tpi Jᾰnda Saya Yg Bo̞co̞rkᾰn- “Fizo Omar akui lelaki perlukan perempuan”

Artis

“SO.ROK punya so.rok, tapi janda saya (Mawar Karim) yang bo.corkan saya nak kahwin (ketawa),” seloroh pelakon dan usahawan, Fizo Omar saat ditemui penulis di FV ATV Park, Bidaisari Resort, Janda Baik Isnin lalu.

Dari raut wajah dan setiap kerlipan matanya sahaja, lelaki dengan nama lengkap, Wan Hafizol Wan Omar, 36, itu terlihat bahagia. Dia bahagia menjawat peranan suami buat kali kedua. Dia juga bahagia kembali mempunyai isteri selepas dua tahun hidup ‘menduda’.

Ungkap Fizo, sekitar sebulan bergelar suami kepada Fazeera Nazri Aziz, 25, banyak perihal yang dipelajari, terutama dalam bab menguruskan bahtera rumah tangga.

“Alhamdulillah. Dua tahun duduk dalam ‘showroom’ lama sangat, baru sebulan lebih kahwin, saya rasa ada orang jaga. Itu satu. Kemudian, rasa seronok apabila ada tulang belakang.

“Sebagai seorang lelaki, berjaya macam mana sekalipun, kaya macam mana sekalipun, saya percaya, kita tetap perlukan perempuan. Tak payah som.bong, tak payah ber.la.gak.

FIZO men.ga.kui, realitinya, semua lelaki sangat memerlukan kehadiran seorang wanita dalam kehidupan.

‘She’s the one’

Katanya, keperibadian isterinya, Fazeera membuatkan hatinya terpana sekaligus membulatkan keputusan untuk sekali lagi berumah tangga.

“Istimewanya isteri, dia orang yang biasa-biasa dan dia tak pandang pun saya ini Fizo Omar, orang popular, artis dan sebagainya. Seperkara lagi, dia sangat pentingkan nilai kekeluargaan. Sangat ‘family-oriented’ dan sangat rapat dengan mak saya.

“Dengan anak saya, Maryam dia terlalu rapat hinggakan waktu kami baru berkenalan sekitar awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Maryam tak nak jumpa saya, dia nak berkepit dengan Auntie Faz (Fazeera) sahaja!,” ujar Fizo bersama segaris senyuman terukir di bibirnya.

Kata anak seni kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, walaupun Fazeera baru berusia 25 tahun, dia seorang wanita yang sangat matang.

Foto: MUHAMAD IQBAL ROSLI Solekan dan tararias: VIE XENDDRA (@QUEENXENDDRA_)
Lokasi: FJ ATV PARK, JANDA BAIK, PAHANG (@FJ_ATV_BIDAISARI)

“Orang usia 25 tahun tetap akan berperangai seperti usia begitu. Tetapi, Fazeera tahu bawa diri. Mungkin pengalaman bekerja di awan biru sebagai seorang pramugari dan selalu berada di luar negara membuatkan dirinya sangat memahami dan matang.

“Apa pun, seorang suami tetap perlu mengetuai rumah tangga. Orang putih cakap, suami kena lead the show. Pengalaman saya yang pernah berkahwin sebelum ini banyak membantu perkahwinan sekarang baru berusia sebulan lebih.

“Saya tak cakap dia matang sempurna dari semua sudut itu tapi pada usianya sekarang, dia sangat bagus dan memahami. Naluri ibu dia sangat kuat dan sebab itu saya fikir, she’s the one (dialah orangnya),” kata Fizo.

UNGKAP Fizo, perkahwinan kedua melengkapkan perjalanan hidupnya untuk terbang atau maju lebih jauh, terutama dalam dunia perniagaan.

Meneruskan bicara, Fizo suka untuk mengingatkan kemesraan dan kimia yang terjalin antara isteri ‘baharunya’ dengan anak daripada perkahwinan terdahulunya dengan usahawan, Mawar Abdul Karim iaitu Wan Maryam.

“Maryam beritahu semua orang yang dia ada dua orang mommy. Walaupun dia baru empat tahun, dia yang si.buk suruh saya kahwin. Dia yang suruh sarung cincin apa semua (ke.tawa).

“Maryam paling gembira sekarang dan saya sangat bersyukur dengan kurniaan rasa bahagia yang dipinjamkan Allah SWT untuk saya dan semua orang yang saya sayang,” tutur Fizo merendah diri.

Kegagalan perkahwinan pertama dengan Mawar membuatkan Fizo bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi apa yang sudah berlaku dalam hidupnya.

MENGINJAK usia 36 tahun, Fizo masih menerima tawaran watak utama dalam projek drama, namun kerap terke.kang dek kesi.bukan waktu.

Katanya, tiada apa selain rasa hormat dan apresiasi terhadap bekas isterinya, namun kehidupan perlu diteruskan.

Dia berharap Mawar akan bertemu jalan bahagia selepas ini.

“Sebelum ini, saya kerja terlalu kuat sampai rumah tangga terumbang-ambing. Bukan saya sahaja yang kerja kuat, bekas isteri juga kerja kuat.

“Sekarang saya mengerti bahawa walau sesi.buk macam mana sekalipun, kita perlu bijak mengatur waktu bersama keluarga. Itu yang paling penting.

“Perkahwinan pertama, saya dan bekas isteri sangat si.buk cari duit. Itu yang sampai tiada kese.ra.sian. Saya tak cakap dia (bekas isteri) tak baik tapi tiada kese.rasian disebabkan kurang masa bersama.

“Sekarang, pada usia 36 tahun, perhatian perlu diberikan sewajarnya kepada pasangan dan kena ada work-life balance. Insya-Allah,” ungkap Fizo seraya mendedahkan isterinya, Fazeera sedang dalam proses mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.

FIZO percaya, bahagia adalah satu daripada sifat bersyukur yang membuka ruang rezeki dalam kehidupan.

Anak seni ‘bijak’

Bertanyakan kelibatnya yang dilihat semakin menjauh daripada status seorang anak seni, sebaliknya lebih cen.de.rung la.rut dalam dunia keusahawanan, Fizo tidak menafikan perkara tersebut.

“Industri seni adalah semua yang berkaitan bina nama, populariti dan kredibiliti. Siapa yang bijak akan menggunakan kelebihan yang ada melalui industri ini. Tak kisahlah sebagai penyanyi atau pelakon.

“Kena tahu bagaimana nak monetize (raih untung) daripada segala perhatian yang diberikan. Saya tak nafikan, jadi pelakon buat orang kenal siapa Fizo Omar tapi semua itu memberi efek domino kepada perkara lain yang saya kerjakan dalam hidup, terutamanya perniagaan.

“Saya masih perlukan lakonan tapi lebih kepada untuk terus menjenamakan diri dari segi publisiti dan hal-hal begitu,” katanya mendedahkan sekitar tahun lalu dirinya pernah ja.tuh mufl.is dan berhutang dengan bank sebanyak RM8 juta aki.bat di.ti.pu dalam perniagaan.

Bang.kit balik daripada kegagalan lama, Fizo menitipkan pesanan bukan hanya buat dirinya bahkan sesiapa yang berdepan cabaran atau dugaan dalam kehidupan.

“Kalau Allah bagi kita ujian, bersabarlah. Sebab apa, sebab ujian itu petanda kejayaan atau ganjaran semakin hampir. Apabila datang ujian, celebrate (raikannya).

“Ramai orang apabila ditimpa ujian, mereka mengalah dan akhirnya tak jadi apa-apa. Jujur saya cakap, kalau orang cakap waktu penularan C.o.v.i.d-19, banyak bisnes ter.gang.gu, itu tidak berlaku pada saya. Saya untung berlipat ganda waktu PKP dan bahkan paling banyak,” katanya penuh bersemangat sebelum menggulung bicara.

MENOLAK dengan baik un Kosmo tuk tidak bersama dalam fotografi ini, kata Fizo, cukuplah Fazeera disifatkan sebagai wanita yang sangat memahami, matang dan menjadi tulang belakang smopenting dalam kehidupan ketika ini.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *