Dikatakan Kembar Hanis Zalikha. Rupanya Isteri Haqiem Rusli Pernah Viral Sebelum Ini Disebabkan Trend Ini.

Artis

Setelah hampir 2 tahun bercinta senyap-senyap, penyanyi kegilaan ramai gadis iaitu Haqiem Rusli akhirnya secara rasmi menamatkan zaman solonya petang tadi. Dia selamat dinikahkan bersama gadis cantik molek dikenali Anis Sofea, dengan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000 sambil disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat mempelai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sejak umum tarikh nikah…ramai selidik siapa gerangan gadis bertuah tawan hati Haqiem Rusli

Malah sejak pengumuman tarikh nikah di pentas ABPBH Ke-34 Sabtu lalu, kebanyakan peminat mula mencari siapakah bakal isteri Haqiem yang berusia 19 tahun tersebut. Walaupun berasal dari Kelantan, namun gadis bertuah itu menamatkan pengajian peringkat SPM di sebuah sekolah di Wangsa Maju 2 tahun lalu.

Anis bukan saja rakan kongsi business…malah mula tampil berhijab baru-baru ini

Awalnya, mereka berdua berkenalan atas urusan perniagaan. Hal ini kerana Anis juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan sebuah restoran bersama Haqiem Rusli. Meskipun sebelum ini pernah tampil free hair, bagaimanapun dia sudah berhijab baru-baru ini sekali gus telah memadam kesemua foto dan video lamanya daripada media sosial.

Pernah tular video di sekolah…muka ayu persis Hanis Zalikha

Kegigihan netizen malah berjaya temukan bahawa Anis pernah tular menerusi satu rakaman di Twitter gara-gara buntu kena prank dengan kawan-kawan sekolah. Pada masa itulah juga wajah cantiknya mencuri perhatian ramai kerana dikatakan jelas hampir menyerupai Hanis Zalikha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Twitter sofeaaaaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *