Balkisyh Semundur Khan Pergi Klinik Sebab Tak Sihɑt, Tiba2 Doktor Bagitahu Berita Lain Buat Dia Sendiri Tak Sangka

Artis

Siapa sangka, kepergian Balkisyh Semundur Khan ke klinik sekitar awal tahun lalu bagi mendapatkan raw4tan mencetuskan berita gembira apabila doktor di klinik berkenaan mengesahkan yang dia sedang hami.l.

Menurut wanita yang popular dengan watak Atul menerusi drama Mok Cun itu, dia berasa sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa tentang keham.ilannya itu sewaktu diberitahu oleh doktor.

“Ketika itu, saya pergi ke klinik sebab rasa kurang sihat. Saya pula memang mempunyai asma, jadi saya ke sana bagi tujuan mendapatkan raw4tan serta membuat pemeriksaan.

“Seperti biasa, doktor memberitahu status kesihatan semua… jadi ketika mahu pulang, tiba-tiba doktor ucap tahniah kerana kandungan sudah mencedah usia sebulan.

“Ketika itu, macam-macam perasaan timbul dalam diri selepas mendapat tahu yang saya ham.il. Tetapi saya bersyukur dengan rezeki. Alhamdulillah, doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Balkisyh yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit k4nser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall baru-baru ini.

Ditanya mengenai reaksi suami, Balkisyh berkata, belahan jiwanya itu merupakan insan yang paling teruja apabila mendapat tahu dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Selepas berumah tangga, kami menjalani hubungan suami isteri jarak jauh. Hal ini kerana, suami bertugas di Johor sementara saya pula berada di Kuala Lumpur.

“Selain suami, ahli keluarganya juga gembira dengan perkhabaran ini kerana mereka bakal sambut cucu pertama.

“Jujur, saya berasa sangat bersyukur kerana ahli keluarga suami menerima saya seadanya walaupun saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.

“Tambahan pula, mertua pun layan kami dengan baik. Rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” tutupnya yang menjangkakan bakal bersalin pada Februari tahun depan.

Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Nazri Zakaria iaitu seorang penjawat awam pada 26 Disember 2020.

Untuk rekod, perkahwinan dengan Mohd Nazri merupakan perkahwinan kedua Balkisyh. Wanita itu mendirikan rumah tangga buat pertama kali dengan pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan memutuskan untuk berpisah pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan dengan Mohd Aizad, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya, 10, dan Muhammad Nor Qaiysh, 5.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *