Giliran Iman Troye ‘Hiasi’ Papan Iklan Digital Gergasi Di New York Times Square

Artis

Selain Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla, penyanyi popular, Iman Troye turut mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Buat pengetahuan korang, Iman merupakan artis bertudung yang ketiga dari Malaysia menghiasi papan iklan digital gergasi tersebut. Tahniah!

Rasa syukur dan terharu

Mama muka adik dekat billboard! Alhamdulillah! So glad to be featured on Equal, representing Malaysia and Singapore on New York City Times Square. Terima kasih semua!

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, sebagai bintang baharu dalam industri muzik tanah air, dia menitipkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan besar yang diperoleh ini.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.

Sebagai penyanyi yang berhijab, Iman berharap dapat terus memenuhi harapan para peminatnya. Ucapan terima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat turut diucapkan oleh Iman menerusi posting di Instagramnya.

Mengetengahkan artis wanita seluruh dunia

Kempen EQUAL yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify, memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia. Melalui kempen EQUAL, 35 senarai main (playlist) tempatan mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan. Selain itu, ‘playlist’ mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.

Di awal karier sebagai penyanyi, Iman mencipta fenomena menerusi single ‘Teman’ yang sehingga kini meraih 45 juta tontonan di laman YouTube. Bukan itu sahaja, lagu hari raya ‘Pejam Celik Hari Raya’ turut mendapat sambutan dan meraih tontonan sebanyak 11 juta sejak Aidilfitri yang lalu. Terbaru, Iman mengeluarkan satu lagi buah tangan kepada para peminat iaitu lagu berjudul ‘Nang’. Walaupun lagu tersebut baru dilancarkan beberapa minggu yang lalu, jumlah tontonan di Youtube sudah mencecah lebih dua juta.

Sumber: Iman Troye

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *