Alhamdulillah, Nora Ariffin Dah Ada Penganti, Dedah Bila Nikah?

Artis

SEREMBAN – Selepas lima tahun kem4tian suami, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui bakal mengakhiri zaman solonya selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Datuk Ariffin berkata, lelaki istimewa yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar isteri tu merupakan seorang pendidik.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 48 tahun itu belum bersedia mendedahkan identiti mahu tarikh hari bahagianya. Perkara tersebut hanya akan diumumkan apabila tiba waktu yang tepat.

“Insya-Allah dalam masa terdekat (akan berkahwin) dalam tahun ini, benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik, benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan.

“Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti. Alhamdulillah, anak-anak okey. Mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui Kosmo! usai menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama dengan Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu memberitahu, selepas melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupannya, mereka sekeluarga kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan berkeluarga yang lengkap.

“Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimbangkan dan lebih memikirkan masa depan,” katanya

Bercerita mengenai calon bakal suaminya, Nora memberitahu dia mengenali lelaki itu ketika p4ndemik c0vld-19.

Jelasnya, lelaki yang berjaya mencvri hatinya itu juga bukan orang politik dan kemungkinan seorang pendidik.

Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Persimpangan Dilema itu pernah dihebohkan mempunyai hubungan seorang ahli politik dan sudah bernikah di selatan Thailand, namun ternyata semuanya sekadar gosip apabila Nora sendiri membuka mulut menafikan khabar angin tersebut.

Bercakap tentang perkembangan seninya, Nora yang kini kembali aktif bakal tampil dengan sebuah lagu baharu tahun depan.

“Konsep lagu masih dalam perbincangan. Kita tak mahu terburu-buru, lagi pun kita baru nak ‘recover’ balik.

“Tapi lebih ke arah kebaikan. Lagu berunsur dakwah tak semestinya lagu ketuhanan. Saya dah penat nak sedih-sedih,” katanya. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *