“Sebab tu Jangan Terlalu Benc1, Nanti Lama-Lama Suka” – Netizen Kor3k Balik Video Lama Caprice Kutvk Orang Kelantan

Artis

Biasa kita dengar guravan orang ‘jangan kata tak nak, nanti yang itulah yang kita suka’. Hal itu seperti kena dengan situasi penyanyi rap, Caprice ketika ini.

Baru saja selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farra Inalis yang berasal dari Kelantan, ia seakan-akan memakan diri Caprice sendiri.

Seloroh netizen, ironinya, Caprice sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai penduduk yang berasal dari negeri tersebut.

Membongkar dan berkongsi semula video terbabit, netizen turut sifatkan Caprice membuat pusingan u (u-turn).

“Sebab tu jangan terlalu b3nci, nanti lama-lama suka,” tulis seorang pengguna bersama paparan skrin dua video Caprice mengulas mengenai sikap peng0tor dan kebolehan berbahasa Inggeris rakyat Kelantan.

Sekitar dua tahun lalu Caprice menerusi Instagramnya, penyanyi rap itu memperlekehkan rakyat Kelantan dengan kenyataan mengh1na pemahaman ceramah dalam bahasa Inggeris.

Ia susulan dari program bersama penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV yang berbicara dalam bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah.

Caprice bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf.

Sehubungan itu, ciapan pengguna Twitter berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen sejak malam tadi.

Namun, ada juga yang beranggapan ketentuan jodoh seperti Caprice dan wanita Kelantan itu hanya kuasa Allah dan tidak layak untuk dijadikan bahan sind1ran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *