”Alhamdulillah Saya Dah Selamat Bersɑlin”-Tasha Manshahar Timang Cahaya Mata kedua

Artis

PETALING JAYA – Penyanyi Tasha Manshahar selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu bayi lelaki semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri Tasha atau nama lengkapnya Nur Nadia Natasha Mohd. Manshahar, 29, dalam Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah saya dah selamat bersalin siang tadi (semalam). Syukur. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Cuma saya perlukan rehat. Bayi kedua saya juga lelaki! Macam mana tu? Saya masih menjadi ‘ratu’ dalam keluarga kecil saya,” tulis Tasha.

Sementara itu suaminya, Raqib Majid turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya semalam dan amat berterima kasih kepada Allah SWT atas zur1at yang dikurniakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raqib Majid (@raqibmajid)


“Terima kasih Allah SWT mengurniakan seorang lagi ‘hulubalang’ untuk daddy dan mommy (ayah dan ibu) yang akan berjasa kepada keluarga, agama dan bangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Tasha yang popular menerusi lagi Bukan Aku turut mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang teruja dengan kelahiran cahaya mata keduanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar


“Alhamdulillah. Tahniah Tasha,” ujar penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi.

“Tahniah sayang,” kata pelakon Ika Nabella.

“Alhamdulillah. Tahniah adik,” ucap penyanyi Syura Badron.

Sekadar info, Tasha mendirikan rumah tangga bersama Raqib pada 8 September 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muamar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *