PENDEDAHAN pelakon Adam Shahz mengenai sebuah produksi yang dikatakan meneruskan penggambaran biarpun sebahagian daripada kru positif Cov1d-19 tiada kaitan dengan syarikat produksi JS Pictures.
Adam berkata, dia tidak menyebut mana-mana pihak namun memohon maaf jika perkara itu menj3jaskan produksi milik pelakon Sheila Rusly itu.
“Saya juga tidak menyebut nama mana-mana produksi pada kenyataan tersebut.
“Jika ada isu berbangkit selepas ini, ianya tidak berkait dengan saya sama sekali,” ujarnya kepada mStar.
Adam menegur tindakan sebuah produksi yang meminta kru dan pelakon mengunci mulut mengenai beberapa kru dan pelakon disahkan pos1tif.
Permohonan maaf itu dibuat sehari selepas membuat pengakuan mempunyai bukti terdapat sebuah produksi mengarahkan pelakon dan kru terlibat agar tidak ‘berko.kok’ tentang isu menjadi kont4k rap4t pes4kit Cov1d-19.
Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, berkata dia hanya memberikan pendapat bahawa pihak produksi perlu lebih bertanggungjawab jika terdapat kru atau pelakon yang disahkan posit1f cov1d-19.
“Saya sekadar memberikan pendapat terhadap industri seni setelah hampir lima bulan tidak dapat menjalani pengambaran.
Saya memohon maaf dan men4fikan pemb4bitan JS Pictures dalam isu pelanggaran SOP.
ADAM SHAHZ
PELAKON
“Diharapkan individu-individu terutamanya artis dan juga kru dapat menjaga diri dan kesihatan serta sentiasa patuh dengan SOP yang ditetapkan,” ujarnya.
Terdahulu, tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Adam menegur tindakan sebuah produksi yang meminta kru dan pelakon mengvnci mulut mengenai beberapa kru dan pelakon disahkan positif bagi meneruskan penggambaran.
Menerut Adam, perkara sebegitu hanya menjejaskan dan memburukkan imej industri seni yang sememangnya sudah dipandang neg4tif.
Sumber:mStar