[VIDEO]Lagu Let It Go Versi Nyanyian TokTi, “Nyanyi Cam Ni Pun Da Merdu Sangat2”

Artis

Siapa sahaja yang tidak mengenali Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini. Beliau adalah penyanyi nombor satu negara dengan populariti cukup luar biasa sekali. Bukan sahaja terkenal di Malaysia malah turut terkenal di negara jiran.

Memulakan kariernya sejak remaja lagi, kini Tok Ti sudah pun dikurniakan dua cahayamata. Namun suaranya masih sama seperti dahulu dan tetap merdu didengar. Bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan Tok Ti bersama anaknya Siti Aafiyah telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak dalam rakaman tersebut kedengaran lagu Let It Go yang menjadi runut bunyi rasmi filem animasi Frozen dinyanyikan semula oleh penyanyi popular tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman lagu Let It Go nyanyian Tok Ti ini:

Wow, nyanyikan lagu popular kanak-kanak ini pun sedapnya bukan main! Apa-apa pun perkongsian rakaman yang dimuat naik di TikTok ini telah meraih lebih 162 ribu tontonan dan 5 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Bercakap pun sedap aduii apa TokTi ni telan. My mom minat giler”

Let It Go TokTi 4

“Bagi Tok Ti nyanyi macam bese2 tapi kite dengar dah macam buat konsert”

Let It Go TokTi 3

“MasyaAllah Mak Iti nyanyi cam ni pun da merdu sangat2…”

Let It Go TokTi 2

“Bertuah Aafiyah ada ibu boleh nyanyi”

Let It Go TokTi 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *