Sebelum ini, jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit milik penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tular di media sosial.
Kali ini, Siti sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tudung digayakannya menjadi perhatian utama.
Tudung harga RM4,100
Harga shawl Siti Nurhaliza gayakan malam ni RM 4,100 š pic.twitter.com/WNNmZj53lT
— BAD ARSILA (@BAD_ARSILA) November 11, 2021
Siti atau lebih mesra disapa dengan Tokti telah membuat persembahan pembukaan jualan Shopee bersempena dengan 11.11 pada Khamis.
Mengenakan sepasang āsuitā berwarna oren, Tokti memilih selendang dari jenama mewah bagi melengkapi penampilan dirinya.
Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagaiĀ @BAD_ARSILA, dia telah membuat semakan harga tudung tersebut.
Difahamkan, tudung dari jenama Christian Dior, D-Oblique Shawl, itu berharga RM4,100.
Paling juara!
Dalam pada itu, pelantun laguĀ Anta PermanaĀ turut mendapat pujian daripada peminat yang menyukai dengan imej yang ditonjolkan. Ruangan hantaran di Instagram (IG) miliknya dipenuhi dengan komen pengikut yang terpukau melihat kecantikan dirinya.
@arifeddy: Cantik sangat. Love this look. Harap dikekalkan for the comeback.
@raymondraj_official: Stunning seperti selalu.
@aimimiloma: Mak terpelanting nok! Siti Nurhaliza queen!
@umarnurfitri: Cantik sangat!
@minnleyy: Cantiknya. Letupan!
Sumber: TwitterĀ @BAD_ARSILA, InstagramĀ @ctdk
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: OHBULAN!
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.