“Maaf tiada g!mik untuk lagu baru” – Nabila Razali senyap-senyap keluar Pvtus, hadiah untuk peminat sempena hari lahir

Artis

SETIAP kali tampil dengan lagu terbaharu pasti akan ada g1mik yang dilakukan oleh penyanyi Nabila Razali namun berbeza dengan single baharunya berjudul Putus.

Nabila atau nama sebenanrya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia hanya ingin memberikan karya yang tulus dari hati buat peminatnya.

“Maaf, tiada g1mik untuk lagu baharu kali ini. Yang ada hanyalah karya yang tulus dan jujur dari hati,” tulis Nabila menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Nabila 1

Nabila berkongsi perkara itu di Instagram.

Biarpun tiada g1mik yang dilakukan untuk lagu tersebut namun Nabila dilihat memadam 1,000 foto dan hanya memuat naik kini foto berkaitan poster lagu berkenaan.

Nabila melancarkan lagu tersebut selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum tahun lalu.

Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu hadiahkan buat peminat.

Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh Erwin Purnama.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Putus merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni. Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh Erwin Purnama.

“Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Lirik video rasmi Putus akan dilancarkan pukul 9 malam, Jumaat di YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke-29 pada Sabtu.

Nabila 2

Nabila lancarkan lagu baharu sempena ulang tahun kelahirannya.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu single itu menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

“Saya pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu Putus menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,” ujarnya.

Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *