‘Posting’ Sharifah Rose & Redza Rosli curi tumpuan peminat drama, “Wow tag dekat mata”

Artis

Drama berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard nampaknya tidak henti-henti menjadi bualan penonton drama tempatan apabila mengandingkan pelakon baharu, Sharifah Rose bersama Redza Rosli.

Keserasian Redza Rosli bersama Sharifah Rose tidak disangka-sangka berjaya menarik perhatian peminat drama tempatan apabila mereka juga diharapkan benar-benar bercinta.

Sering dilihat akrab sepanjang pengambaran berlangsung sekali gus mencetuskan peminat semakin berteka-teki mengenai gandingan pelakon ini dan mengharapkan sambungan Kekasih Hati Mr Bodyguard.

253456436_578065676789808_1397456855181273611_n

Ada yang meminta agar Kekasih Hati Mr Bodyguard akan muncul dalam edisi Raya nanti seperti drama sebelum ini. Walau bagaimanapun, dalam pada masa yang sama posting Sharifah Rose mahupun Redza Rosli di ruangan Instagram milik mereka mencuri tumpuan umum.

Berkongsikan momen selepas berakhirnya drama ini, posting Redza Rosli nampaknya membuatkan ramai tak keruan selepas dia turut ‘tag’ nama akaun Instagram Sharifah Rose dimata.

Melihatkan foto yang dikongsikan kedua-dua pelakon terbabit di Instagram, peminat mereka diruangan komen turut mengutarakan pelbagai reaksi terhadap kedua-dua pelakon ini yang diharapkan peminat semoga berjodoh.

“Kekasih Hati Mr Bodyguard Raya please”

RedzaRedza

“Gambar kahwin dengan tunang tu macam real dho”

IMG_20211107_091346

“Tag dekat mata, kening sama pulak”

IMG_20211107_091358

“Haih semoga ada jodoh both of you”

 

Redza Rosli

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *