“Kne bnyak practice ni..” (Video) Gelagat Aeril Zafrel Menari Dengan Anak Curi Tumpuan- ‘Hayla ajar papa lama sikit. ghisau’

Artis

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel ini. Mendirikan rumahtangga dengan pelakon wanita dikenali sebagai Wawa Zainal, keluarga kecil ini sering sahaja mencvri perhatian ramai.

Dikurniakan tiga cahayamata dan hampir masuk yang keempat, keluarga ini rajin menghasilkan video dan berkongsikannya di TikTok. Malah Aeril Zafrel juga ada sahaja idea darinya untuk menghasilkan video dan seterusnya membuatkan pengikutnya terhibur.

Terbaharu satu video yang memaparkan Aeril Zafrel menari bersama anaknya, Hayla telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan Hayla sangat rancak menari mengikut rentak lagu. Manakala Aeril Zafrel yang turut cuba trend tarian terkini itu lain macam pula gayanya.

Malah apa yang lebih mencuri perhatian ramai apabila Aeril Zafrel menulis di ruangan kapsyen, anaknya pula perlu latihan lebih lagi. Berikut adalah perkongsian video menari dengan anak dan dimuat naik di TikTok Aeril Zafrel ini:

Perkongsian video menari dengan anak ini telah meraih lebih 800 ribu tontonan dan 74 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dah kata jangan malas datang rehearsal, de.gil”

aeril

“Hayla ajar papa lama sikit. ghisau”

Video Menari Dengan Anak 3

“Mantep la bang pegi mall pakai simple je“

Video Menari Dengan Anak 2

“Pandai dowh Hayla. Tapi perlu practice lagi. Bapaknya tal payah practice. Hebat dah tu”

Video Menari Dengan Anak 1

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *