“Confident mesti selalu” Telatah Nenek Pakai Mask Terbalik

Artis

Memandangkan sekarang ini pemakaian mask atau pelitup muka diwajibkan, tentunya ke mana-mana sahaja anda perlu memakainya. Baru-baru ini, satu kejadian melucukan berlaku apabila gadis ini berjaya merakamkan gelagat neneknya yang memakai mask dengan terbalik.

Telatah spontannya ini yang berjaya dirakamkan turut mencuit hati netizen di mana neneknya tidak sedar mask yang cuba dipakainya itu dalam keadaan terbalik. Kejadian yang dirakamkan secara spontan itu turut membuatkan gadis itu terkejut sebelum akhirnya berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu merakamkan suasana sekitar semasa mereka sekeluarga sedang keluar berjalan-jalan. Dia kemudiannya menunjukkan neneknya yang berada di sebelah yang kemudian menarik mask di lehernya untuk dipakai.

Namun sebenarnya mask yang ditariknya itu berada dalam keadaan terbalik tanpa disedarinya. Malah bahagian yang ditariknya itu adalah extender mask tersebut manakala mask tersebut berada di belakang.

neneknya

Lebih melucukan, dia yang tidak sedar apa yang terjadi segera memakainya sebelum akhirnya sedar apa yang terjadi. Melihatkan telatah spontan neneknya itu, gadis tersebut turut sama berasa terkejut dan keliru sebelum berdekah melihatnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat telatah spontannya ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh memuji tahap keyakinan tinggi yang dimiliki neneknya itu.

“Ni mesti akan jadi legendary video.”

mask

“The way dia yakin tutup kat hidung tu…”

mask terbalik

“Sakit perut gelak.”

komen

“Confident mesti selalu.”

tik tok

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *