“Saya tk selesa bila..” Akhirnya Aprena Manrose Dijent1k Pintu Hati Utk Berubah Sepenuhnya

Artis

Penghijrahannya bukan secara mendadak, diatur secara perlahan-lahan, namun, akhirnya pelakon Aprena Manrose, 28, dijen.tik pintu hati untuk berubah sepenuhnya.

Awalnya, niat anak bongsu pasangan selebriti, Allahyarham Rosnah Mohd Noor dan bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menya.rung hijab pada Ramadan lalu bagi membiasakan diri, sebelum benar-benar berhijab sempurna.

Namun, siapa sangka, perasaan selesa menguasai diri hingga tidak mahu menanggalkannya.

Sungguhpun begitu, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita itu enggan terlalu berkongsi mengenai perubahan dirinya. Hingga kini, Aprena masih mengunci mulut biarpun semakin selesa berkongsi foto berhijab dalam laman Instagram (IG).

Secara jujurnya, Aprena berkata, dia kurang selesa apabila diajak berbicara mengenai penghijrahannya. Sebaliknya, mahu peminat menyedari perubahan imejnya tanpa perlu mencanangkan kepada khalayak.

“Jika boleh, saya tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai perubahan imej. Biarlah orang nampak dan nilai, asalkan bukan datang daripada mulut saya.

“Bukan apa, saya bimbang andai berubah hati, sedangkan saya si.buk berkongsi mengenai perubahan diri. Untuk kekal istiqamah bukan mudah.

“Lagipun, saya hanya manusia biasa, masih belajar dan berubah secara perlahan-lahan. Saya ri.sau iman turun naik, jadi lebih baik tidak berbicara secara terbuka.

“Biarlah perjalanan penghijrahan ini nampak perlahan. Apa yang boleh dikatakan, saya masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu. Ia berkat doa bapa dan suaminya, Mohd Afiq Hazman.

Aprena mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu, berkat doa suami, Mohd Afiq. - Foto IG Aprena Manrose
Aprena mula belajar mengenakan hijab sejak Ramadan lalu, berkat doa suami, Mohd Afiq. – Foto IG Aprena Manrose

Katanya, situasi pan.de.mik C.O.V.I.D-19 yang me.lan.da dunia dan per.go.la.kan yang berlaku di Pa.les.tin antara pen.do.rong yang menyebabkan hatinya ingin belajar berhijab.

“Secara kebetulan, pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ramadan lalu. Oleh kerana tidak terikat dengan penggambaran, saya mengambil peluang belajar berhijab.

“Sepanjang sebulan, saya akan berhijab jika hendak ke mana-mana. Pada Syawal, saya rasa lain macam apabila tidak bertudung ketika mengambil gambar bersama suami dan keluarga.

“Jadi, saya menya.rungkan tudung ketika bergambar. Namun, saya masih te.rikat dengan beberapa tawaran lakonan yang diterima sebelum berhijab.

“Nak atau tak nak, saya kena tepati perjanjian yang dipersetujui lebih awal,” kata Aprena.

Namun, katanya, dia tidak men.yang.ka hasrat ber.hijab dalam drama yang dipersetujui awal tidak ditolak syarikat produksi.

“Allah permudahkan perjalanan saya ber.hijrah. Setakat ini, apabila saya beritahu mahu memakai tudung ketika penggambaran, tidak siapa membantah.

“Saya percaya apabila ada niat mahu berubah, Allah jen.tik perasaan insan di sekeliling saya.

“Semua ini juga berkat sokongan ayah dan suami yang tidak putus-putus berdoa agar saya terbuka hati berhijab. Jadi, perasaan saya makin kuat mahu berubah,” katanya.

Lima tahun bergelar isteri, namun belum dikurniakan zu.riat, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu akui, sudah penat menjawab persoalan mengenainya.

Bagaimanapun, Aprena tidak sesekali melen.ting, biarpun hatinya sedikit ter.guris.

Aprena bersama bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut, Iwan. - Foto IG Aprena Manrose
Aprena bersama bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut, Iwan. – Foto IG Aprena Manrose

Bukan tidak mencuba, Aprena pernah men.de.dahkan menjalani rawatan ke.su.buran pada Jun lalu. Namun, buat masa ini, belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai proses rawatannya.

“Saya ada menjalani rawatan kesu.buran ketika PPN ketika kerja penggambaran dihentikan. Jadi, saya mengambil peluang untuk menjalani rawatan.

“Allah juga menyusun cantik perjalanan hidup saya. Sebaik pelaksanaan PPN berakhir, rawatan itu juga selesai, jadi saya boleh kembali bekerja.

“Tetapi, saya belum bersedia bercerita secara ter.perin.ci. Insya-Allah, saya akan berkongsi apabila tiba masa yang sesuai,” katanya.

Mengulas kejayaan membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Aprena ter.kejut dan tidak men.yang.ka selepas lapan tahun inilah kali pertama berjaya membolosi peringkat finalis.

Namun, katanya, dia tidak meletakkan harapan tinggi berikutan melihat calon lain di kalangan pelakon hebat.

“Saya bersyukur apabila mendapat tahu nama saya berada kelompok Top 5. Ini kali pertama nama saya bolos sebagai finalis selepas lapan tahun menanti.

“Ini adalah penghargaan besar daripada peminat. Saya berterima kasih kepada peminat yang men.gun.di saya.

“Tetapi, saya hanya mampu menye.rahkan kemenangan kepada rezeki,” katanya yang bersaing dengan Sherry Alhadad, Janna Nick, Nelydia Senrose dan Zahirah MacWilson.

Aprena membolosi kelompok Top 5, ABPBH 34 menerusi filem Jodoh Syaitan bergandingan dengan Soffi Jikan, Allah.yarham Abam Bocey, Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi dan Jay Izwazir.

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *