Pakai Selipar Asadi Je, Mana Ada Orang Betul-Betul Kaya Baling Duit!

Artis

Baru-baru ini netizen sangat teruja melihat kepada gambar-gambar percutian yang dikongsi oleh pelakon utama filem Paskal, Hairul Azrin dan isterinya, Hanis Zalikha.

Di dalam perkongsian mereka, mungkin kita perasan satu gambar keluarga tersebut bergambar bersama seorang lelaki Cina.

Ternyata lelaki Cina tersebut adalah hartawan terkenal di luar dan dalam negara yang memiliki perniagaan besar, Tan Sri Vincent Tan, lapor Kosmo.

Vincent Tan memang terkenal dengan kekayaannya dan beliau bukan kaya biasa-biasa. Beliau turut memiliki kelab bola sepak terkenal yang berpengkalan di England.

Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila melihat beberapa foto yang dikongsikan oleh pasangan selebriti negara itu adalah cara berpakaian dan lagak orang yang betul-betul kaya.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi, Vincent Tan hanya mengenakan baju dan seluar biasa serta mengenakan selipar berjenama Asadi.

Rata-rata orang ramai turut ter.ke.jut dengan penampilan tersebut dan menganggap penampilan dan lagak hartawan itu seperti orang kebanyakan tidak seperti orang yang ‘mula nak kaya’.

“Lowkey, humble dan simple sahaja pakaian dia. Ni baru betul billionaire, bukan macam si po.lan tu baru kaya sikit dah baling-baling duit macam tak ada nilai. Siap listkan ootd dari atas sampai bawah,” jelas sitoaidaadnan.

“Biasa gi.la, kalau orang tak kenal tan sri ni ingat macam orang kampung biasa saja,” kata Mustaqimhusin.

Selain Vincent Tan, Mark Zuckerberg yang merupakan pengasas Facebook dan juga antara usahawan terkaya di dunia juga sangat “humble” dan bersahaja.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *