“Omg ghisau..” (Video) Ruhainies Join Trend Ghisau Buat Ramai Teruja- ‘Hahaha comel je’

Artis

Sejak beberapa hari lalu, aplikasi TikTok dihiburkan dengan tagline ghisau yang mana gara-gara penangan suara seorang remaja iaitu Imran yang dijadikan sebagai trend di aplikasi popular tersebut.

Individu yang menghasilkan video trend terbabit perlu miming kata-kata yang berbunyi, “I dah lama suka you, you suka I tak,” dan ternyata tidak hanya warganet di TikTok sahaja tertarik untuk miming dengan cara tersendiri.

Malah beberapa selebriti terkenal turut menyahut trend terbabit dengan menghasilkan video di akaun TikTok sekali gus menghiburkan warganet dengan telatah sempoi mereka.

Tidak disangka-sangka juga, pelakon utama drama Cukup Derita Itu dimana Ruhainies mengundang peminat teruja untuk melihatnya di TikTok selepas dia turut menyertai trend ghisau tersebut.

IMG_20211101_082436

Melihatkan video yang memaparkan Ruhainies sertai trend ghisau itu dalam pada masa yang sama menghiburkan ramai apabila dia melakukannya bersama pengarah, Along Kamaludin.

Rakaman pelakon jelita ini menyertai trend di aplikasi TikTok itu ternyata turut ditonton ribuan kali. Netizen diruangan komen turut berdekah menonton video Ruhainie itu sehingga dia hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

“Hahaha comel je kak Anis”

RuhainiesIMG_20211101_082642

“U suka i tak hahaha”

IMG_20211101_082614

“Cantik bila pakai tudung”

RuhainiesIMG_20211101_082634

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *