[VIDEO]“Ibu Takleh Cari Makan…”- 3 Rakaman Aafiyah Nyanyi Buat Netizen Terhibur

Artis

Suara penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza siapa sahaja yang tidak ‘cair’ mendengarkannya sehingga sampai sekarang, dia yang kini berusia 42 tahun tetap sahaja nombor satu di hati peminat.

Lihat sahajalah Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak hanya di kaca televisyen menjadi perhatian malah di ruangan Instagram peribadinya antara yang popular di Malaysia dengan 8.3 juta pengikut.

IMG_20211029_110942

Mana tidaknya diikuti ramai penyokongnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti melalui ruangan media sosial tersebut sporting berkongsikan pelbagai content kepada umum.

Malah terbaharu peminat begitu teruja selepas Tokti berkongsikan kisah yang bukan sahaja lucu tetapi membuatkan peminat dapat melihat bakat anak pertamanya, Siti Aafiyah yang turut mempunyai bakat menyanyi.

Dalam posting, Tokti yang turut sama terhibur dengan gelagat Aafiyah nyanyi dengan menghasilkan lirik sendiri membuatkan dia berseloroh diruangan kapsyen.

“Bila Aafiyah dah pandai nyanyi dan cipta lirik sendiri… ibu takleh cari makan macam ni,” antara kapsyen yang ditulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, respon-respon ramai di video itu menunjukkan mereka terhibur dengan gelagat comel Aafiyah menghasilkan lirik sendiri.

“Hahaha ghisauu yer. Dah boleh jadi pelapis ibu dah ni”

Aafiyah

“Sempat lagi gunakan lirik lagu ting ting…”

IMG_20211029_110708

“Bravo sayang…”

IMG_20211029_110645

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *