Pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee yang diketahui ramai merupakan pasangan selebriti bercinta. Hubungan pasangan sama cantik, sama padan ini disambut baik oleh peminat.
Apa tidaknya, keserasian mereka dalam drama berjudul Adam Chempaka begitu meninggalkan kesan sehingga di ‘ship’ bersama oleh peminat dan ternyata lebih membuatkan netizen teruja pada Ahad lalu, Sweet Qismina dan Adam Lee mengikat tali pertunangan.
View this post on Instagram
Majlis pertunangan pasangan pelakon ini yang mengejutkan peminat apabila tiada angin tiada ribut berita pertunangan mereka diumumkan dengan hantaran beberapa foto mereka pada Ahad.
Tentu sahaja berita gembira itu mengundang peminat drama Adam Chempaka sangat teruja kerana kedua pelakon ini betul-betul bertunang.
Perasaan teruja itu diutarakan oleh peminat menerusi perkongsian Sweet Qismina di ruangan TikTok yang mana perkongsian yang disertakan bersama satu rakaman video ternyata menarik perhatian ramai dengan ratusan komen.
View this post on Instagram
Posted 31/1 – 24/10 , worth the wait! 🥰💍 #AdamSweetEngagementDay
♬ original sound – Sweet Qismina – Sweet Qismina
Nampaknya trend di TikTok mengenai video birthday Sweet Qismina, dia bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya malah turut menjadi tunangan buat insan tersayang pada 24 Oktober.
“Aaa Adam Chempaka in real life. Dulu selalu cakap, kahwin la betul betul…”
“Muka diorang sama”
“Aku suka dorang rapat…”
Pun begitu, tidak disangka-sangka pula selang beberapa hari, Adam Lee turut menyambut ulang tahun kelahirannya. Tahniah diucapkan buat pasangan bagai pinang dibelah dua ini.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL