Setelah 10 tahun menanti, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat akhirnya bergelar bapa apabila isteri tersayang, Nazirah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata. Namun begitu, Azmi memaklumkan bahawa anaknya, Khairul Afnan telah men1nggal dun1a di pangkuan ibunya.
View this post on Instagram
Masih belum dapat lupakan pemerg1an Afnan
Menerusi posting yang dimuat naik olehnya di Instagram (IG), Azmi berkongsi mengenai perkembangan isterinya serta menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta.
Hari ini hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan ny4wa saya.
Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan dunia dan akh1rat
Azmi memaklumkan bahawa isterinya masih belum dapat melupakan pemergian anak sulung mereka dan hampir setiap hari isterinya men4ngis kerana merindukan Afnan.
Hari ini genap sebulan arw4h Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
Walaupun keadaanya masih baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
Mohon pengikut di IG hadiahkan kata-kata positif
Dalam pada itu, pemilik nama Khairul Azmi memohon pengikutnya di Instagram memberikan kata-kata semangat dan positif agar isterinya terus kuat untuk menjalani kehidupan tanpa anak sulung mereka.
Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya.
Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. InsyaAllah. Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad.
Sumber : azmi_saat
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: OHBULAN!