“Omg dia sangat cantik!” Que Haidar Muatnaik Vdeo Menari Dgn Ank, Skali Benda Lain Yg Netizan Perasan.

Semasa

Puteri kepada pelakon berbakat, Que Haidar hasil perkahwinannya bersama Linda Jasmine yang juga seorang jurulatih tarian bernama Ratu ini sudah pun berusia 12 tahun. Mewarisi kecantikan dari kedua ibubapanya, Ratu turut berbakat dalam tarian sama seperti ibunya.

Terbaharu Que Haidar berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya bersama Ratu menari di TikTok. Gerak gaya dua beranak ini memang nampak macam penari profesional! Malah sungguh tidak disangka Que Haidar dalam diam miliki bakat menari.

Ratu yang semakin meningkat usianya dan makin cantik sama seperti ibunya, Linda Jasmine turut dipuji rupa paras dimilikinya itu. Berikut adalah perkongsian video Que Haidar dan anak gadisnya buat TikTok ini:

Wow, memang hebat gerak tari dua beranak ini! Manalah tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Apa-apa pun perkongsian rakaman Que Haidar dan anak gadisnya buat TikTok ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 72 ribu likes.

Malah di ruangan komen ada yang berpendapat rupa anak Que Haidar ini seiras Selena Gomez. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Omg dia sangat cantik! Suka tengok father daughter bonding time…So cute!”

Que Haidar dan anak 4

 “Nampak macam anak Bella +Edward dalam Twilight pun ada”

Que Haidar dan anak 3

“Saya  tak nampak macam Selena Gomez tapi nampak macam anak Bella dalam cerita Twilight tu. Cantik sangat”

Que Haidar dan anak 2

“Seyes macam Salena Gomez la. Nampak gaya ada warisi bakat ibu dan harap2 bakat lakonan pun menyerlah macam bapa dia”

Que Haidar dan anak 1

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *