Peminat tak jemu lihat Fizo Omar & isteri, video hari bahagia pula jadi bualan- “Manisnya…”

Artis

Sedia maklum pelakon dan usahawan, Fizo Omar selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya, Fazeera Nazri Aziz.

Berita gembira itu mengundang peminat turut sama tumpang gembira melihat kebahagiaan pelakon ini apabila pasangan bagai pinang dibelah dua ini tidak henti-henti mencuri tumpuan umum.

Terbaharu menerusi ruangan TikTok, nampaknya detik manis disaat Fizo Omar disatukan bersama isteri itu yang dipaparkan melalui satu rakaman video pula menarik perhatian ramai di aplikasi tersebut.

IMG_20211025_212543

Kelihatan menerusi video, Fizo Omar bersama isteri lengkap berbusana serba putih dan begitu bahagia merakamkan detik istimewa itu bersama anak, Wan Maryam yang kini berusia 4 tahun serta diraikan dengan ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, dalam pada masa yang  sama sekali lagi kecantikan isteri pelakon ini menerima pujian netizen menerusi perkongsian itu apabila hantaran video itu juga meraih ribuan tanda suka.

Tak kurang juga, ruangan komen turut dihujani dengan bermacam-macam reaksi terhadap Fizo Omar dan gadis pilihan hatinya itu yang mana difahamkan seorang bekas pramugari.

“Cantiknya bini Abe Joe. Semoga kekal sampai syurga”

FizoIMG_20211025_212806

“Sama cantik, sama padan moga sampai syurga dan dan dapat anak yang soleh dan solehah”

Fizo

IMG_20211025_212759

“Manisnya wife Fizo. Semoga berbahagia…”

IMG_20211025_212710

“Tak puas tengok…”

FizoIMG_20211026_060942

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *