[VIDEO] “Sedap nmpk sis..” Sheila Rusly Kongsi Hasil Masakan Thai Elisya Sandha- ‘Untung la dpat mnantu Pndai Masak’

Artis

Pelakon dan produser terkenal Sheila Rusly mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi masakan enak hasil air tangan menantu kesayangannya, Elisya Sandha.

Menerusi lamab sosial Instagram, Sheila berkongsi menu makan malam yang terdiri daripada lima lauk-pauk bertemakan Thailand untuk tatapan umum.

“Buka puasa sentuhan rasa @elisyasandhaofficial,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video.

Menerusi perkongsian video berdurasi hampir satu minit itu, Sheila berkongsi menu-menu hidangan Elisya untuk keluarganya yang terdiri daripada tomyam seafood, ayam berempah, ikan goreng tiga rasa, sotong goreng tepung dan telur dadar.

VIDEO : 

Sementara itu di ruangan komen, air tangan Elisya itu mendapat pujian wargamaya dan mereka berpendapat Sheila cukup bertuah mendapat seorang anak menantu yang bukan sahaja cantik malah pandai memasak.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada anak Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos yang lalu.

KOMEN NETIZEN : 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *