“Doakan yerr..” Ebit Lew Bawa ‘Bidadari’ & Anak-Anak Bercuti Ke Switzerland. Ini Kata Netizen

Viral

Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew berkongsi momen indahnya sedang makan angin bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland.

Menerusi Facebooknya, tulis Ebit, meluangkan masa bersama keluarga menjadi det1k terindah dalam hidupnya.

“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss (Switzerland). Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya,” tulis Ebit.

Perkongsian Ebit mendapat perhatian pengikutnya yang turut sama mendoakan kesejahteraannya semasa bercuti.

“Anda layak untuk menikmati cuti ini. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi Allah,” tulis Rohana Yaacob.

“UEL dikenali dengan dakwah yang sangat lembut dan selalu menyebut ‘Allah Sayang Kita’. UEL sentiasa berkh1dmat dan tersenyum depan semua orang tanpa lelah.

“Sentiasa tunjukkan contoh l4yanan baik terhadap isteri beliau,” puji MohdBaharum Alum.

“Bila selalu buat kebaikan, semua orang mendoakan yang baik-baik,” tambah Taqiyuddin Sabqi Jamaliah.

“Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali,” kata Anirah Abdullah pula.

Malah, ada juga warganegara Malaysia yang kini menetap di Switzerland mempelawa dermawan itu untuk bertemu di sana.

“UEL, saya di Switzerland. Ingin sangat nak berjumpa ustaz dan keluarga,” tulis Sidah Icer.

Malah ada juga yang sempat berseloroh menyatakan lokasi mereka berdekatan dengan tempat yang ditulis Ebit iaitu ‘swiss’ (merujuk kepada rangkaian hotel popular antarabangsa).

Posting terbabit mendapat 6,000 tanda like daripada pengikutnya selepas hanya 2 minit disiarkan di Facebook.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *