Sebut sahaja nama pelakon, Fauzi Nawawi ramai yang akan memuji lakonannya yang sejak dari dulu tidak dinafikan sentiasa hebat sehingga menjadi salah seorang pelakon disukai ramai.
Fauzi Nawawi yang kini genap berusia 48 tahun bagaimanapun membuatkan ramai peminat di TikTok tercuit hati dengan video dia di aplikasi tersebut.
Tak Sangka Nyanyian Azhan Rani Padu, Macam Rockstar Dalam Drama Pendek Muzikal Ini!
Open New Tab
Pelakon ini nampaknya telah mencuri tumpuan ramai apabila melalui ‘fyp’ atau ruangan for your page gara-gara Fauzi Nawawi turut menyertai satu cabaran TikTok yang kini menjadi trend di kalangan pengguna.
Video pelakon hebat ini yang dikongsikan menerusi ruangan TikTok itu atas nama akaun theonlyfauzinawawi dalam pada masa yang sama menarik perhatian ramai dengan ratusan komen.
Kelihatan Fauzi Nawawi bersama ahli keluarganya membuat c4baran trend itu dimana pada awalnya pelakon ini membuat gerakan tangan dan diikuti beberapa individu disebelahnya.
Pun begitu, k3coh pula diruangan komen apabila wajah aw3t muda Fauzi Nawawi menarik perhatian netizen disamping ada juga yang mengambil kes3mpatan itu untuk bertanyakan r4hsianya.
“Umur berapa dah ye… still muda dari dulu sampai sekarang”
“Bang beli kat mana that awet muda tu? Share lah”
“Hmm dari dulu sampai sekarang kenapa dia maintain je muda eh…”