Selepas mendirikan rumah tangga segala keperluan dan kemahuan isteri akan ditanggung oleh suami, namun ada juga wanita yang tidak suka terlalu bergantung kepada suami dan ingin berbelanja atau menyimpan wang untuk masa depan tanpa rasa bersalah.
Jadi kebanyakan para isteri terutamanya yang suri rumah akan mencari pendapatan sampingan untuk diri sendiri dengan berniaga secara kecil-kecilan atau menjana pendapatan pasif dengan hartanah yang mereka ada.
Seperti sebuah video TikTok yang tular ini, seorang lelaki berkongsikan bagaimana dia mendapat tahu tentang bisnes isterinya hanya selepas 5 bulan berkahwin.
Found this dekat tiktok. So girls, beli rumah dulu okay nanti sewakan dekat suami sendiri. Bisnis tetap bisnis 😂 pic.twitter.com/hFVXnSMubv
— R A Z H A 🇲🇾 (@raqibrahman) October 11, 2021
Dalam video yang dikongsikan semula ke Twitter oleh pengguna Raqibrahman, lelaki itu menceritakan bagaimana dia dan isteri memutuskan untuk sewa rumah terlebih dahulu selepas berkahwin untuk merancang kewangan dan komitmen-komitmen lain.
Selepas lima bulan tinggal di rumah sewa bersama, lelaki itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa rupa-rupanya rumah yang mereka sewa adalah rumah isterinya sendiri.
Rata-rata netizen terhibur dengan pendedahan pengguna TikTok tersebut dan memuji betapa bijak isterinya untuk menyewakan rumah kepada suami sendiri bagi menjana pendapatan.
“Gil4 bijak bini dia…”
Gila bijak bini dia 😭😂 https://t.co/QqfxYbFB8L
— Suri Lisa (@suri_lisa) October 12, 2021
“Business is business…”
Business is business😊 https://t.co/QN41LsStgo
— koba (@NazuraAmandaaa) October 13, 2021
Jomlah kita jadi bijakkkk 🤟🏻🤩 https://t.co/5hH4uTCVFz
— 김민규 (@aalyasaidi) October 13, 2021
“Aku ingat aku je plan gini…”
Weii. Aku ingat aku je plan gini. Aku kata biar sama2 bayar. Nti dh rasa mcm okey..HAHHA baru bagitau😂 https://t.co/znaLPXiMgP
— 法蒂马 (@fatimahhbibi) October 13, 2021
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL