[VIDEO]”8 Tahun Menanti..”-Wanita Tahɑn Sebɑk Masukkan Bɑntal Dalam Pervt Biar Boleh Rasa Macam Wanita Hamil

Keluarga Semasa

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri yang dianggap sebagai ‘penyeri’ dalam sesebuah keluarga. Namun, tidak kesemua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat dan ada yang terp4ksa menunggu hingga puluhan tahun walaupun pelbagai alternatif telah dilakukan.

Teringin nak ada anak

Seperti perkongsian seb4k dikongsi seorang wanita cekal dikenali sebagai Anggun menerusi platfom TikTok, tampil menceritakan dia dan suami masih belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata walaupun sudah berkahwin selama lapan tahun. Menerusi video tersebut, wanita cekal ini dilihat cuba menahan seb4k sebelum memasukkan bantal di dalam bajunya dan perkara tersebut seolah-olah memberi gambaran dia sedang hamil.

Kadang-kadang sengaja masukkan bantal ke dalam baju supaya nampak seakan-akan mengandung, biar boleh rasa seperti mana wanita hamil rasa. Ya Allah, 8 tahun menunggu kenapa aku susah sangat.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan pelbagai cara telah mereka usahakan termasuklah berjumpa dengan doktor bagaimanapun, wanita ini masih berfikiran positif walaupun masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Orang cakap kena minum dan makan itu ini. Suruh pergi jumpa doktor, cek sp3rma dan lain-lain semua aku dah buat. Tapi, Allah memang belum bagi rezeki. Tak sangka dah tunggu selama 8 tahun, lamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sed1h dengan kisah wanita ini dan pada masa yang sama mereka turut mendoakan supaya dia dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.

Video penuh:

Terus sabar ya kak!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Anggun via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *