“Tak semua kenal…”-Najwa Latif sempoi bagi respon buat pertanyaan peminat

Artis

Penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu berjudul Cinta Muka Buku iaitu Najwa Latif sangat disukai ramai apabila suaranya mempunyai keunikan tersendiri malah ramai peminatnya juga tidak jemu mengikuti perkembangannya.

Seperti yang ramai ketahui juga, Najwa Latif bukan sahaja bergelar penyanyi malah melangkah lebih jauh dengan menjadi seorang pensyarah.

Kejayaannya itu membuatkan ramai peminat kagum apatah lagi dengan sikap sporting dan sempoi Najwa Latif yang sering melayan peminat dan terbaru, dia sekali lagi tular di TikTok apabila menerima pertanyaan yang berkaitan dalam kerjaya pensyarah.

74709957_140432797238819_7012691097550400376_n

Walau bagaimanapun, respon sempoi Najwa Latif dalam menjawab soalan yang berbunyi, “Kak Wawa kan lecturer. Pernah tak ada student yang excited sangat bila dapat a singer as their lecturer?,” sekali gus responnya itu mengundang ketawa.

Dalam pada itu, responnya yang mengatakan tidak semua pelajarnya mengenalinya sebagai seorang penyanyi membuatkan peminat juga terkejut kerana Najwa Latif pernah mencetuskan fenomena dengan lagu-lagunya.

Netizen diruangan komen dengan pantas juga menghujani dengan bermacam-macam reaksi kepadanya apabila telatahnya itu dalam pada masa yang sama sangat menghiburkan buat peminat.

“Miss Najwa humble dan friendly tau…”

NajwaIMG_20211007_153931

“Ada eh orang tak kenal Najwa Latif…”

IMG_20211007_153947IMG_20211007_154001

“I love her, sempoi ahh…”

IMG_20211007_154020Najwa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan LupaJuga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *