Netizen Terbayang Suara Fazura Baca Kapsyen Istimewa Buat Permaisuri Selangor

Artis

Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kagum terhadap Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Ini berikutan Tengku Norashikin berkenan untuk menggayakan koleksi tudung Fazura ketika menghadiri penyerahan sumbangan alat bantuan belajar, kepada pelajar asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Khamis.

Permaisuri Selangor Perkenan Pakai Tudung Fazura

Terharu melihat Tengku  Norashikin mengenakan tudung Fazura dari koleksi Kakak Kita, , usahawan jelita ini turut mengagumi keperibadian baginda yang bersifat merendah diri apatah lagi koleksi tersebut hanya bernilai kurang dari RM30.

Lantaran itu, demi meluahkan rasa berbesar hati dan penghormatan terhadap Permaisuri Selangor, Fazura memberi ucapan penuh bait puitis serta kaya dengan keindahan bahasa.

Foto – Instagram @missfazura/Facebook @selangorroyaloffice

“Redup memandang, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.

Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi sebuah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor.” Ujar Fazura

Rakyat Suka Lihat Penampilan Ringkas Dan Sederhana Permaisuri

Membaca posting Fazura dan melihat penampilan sederhana serta sifat rendah diri yang dibawa Tengku Norashikin, rata-rata daripada warganet berasa gembira dan teruja.

Foto – Instagram @missfazura

“Oh tuhan ku, baginda sangat merendah diri.”

“Terbaik @missfazura dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.”

‘MasyaAllah…. Bertuah sungguh Fazura dapat penghargaan dari Tuanku Permaisuri ‘donning’ shawl Fazura. Dan kelihatan sangat jelita dan eksklusif!” ujar mereka

Lepas Baca Kapsyen, Macam Boleh Dengar Suara Fazura – Netizen

Dalam pada itu, selain memuji keperibadian permaisuri kesayangan rakyat Selangor, warganet juga tertarik dengan kapsyen yang ditulis oleh Fazura yang digambarkan sebagai penuh dengan puitis. Malah, mereka juga berseloroh seolah-olah dapat mendengar suara  isteri kepada Fattah Amin itu membaca kapsyen tersebut.

Foto – Instagram @missfazura

“Kapsyen Faz biasanya akan tersusun indah dengan nada yang merendah diri, sedap dibaca dan kedengaran ikhlas dari hati… Tiada singkatan perkataan atau ‘ayat pasar’… Baik menulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, tulisan dan luahan hati Fazura memang mengagumkan.”

“Baca kak Faz punya ayat, dah boleh terngiang-ngiang cara dia bercakap. Sayang kak Faz.”

“Saya boleh dengar suara bila baca kapsyen anda. Ajaib betul.’

“Baca ni, lepas tu terngiang-ngiang suara Fazura baca kapsyen. Wow!” kata mereka lagi

Dahsyat netizen ni sampai boleh terbayang dengar suara Fazura baca kapsyen ni, tapi memang cantik susunan bahasa yang digunakan patutlah ramai yang terpukau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Murai.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *