Fazura & Fattah Sambut Hari Lahir Fatima Yang Pertama Dalam Majlis Yang Super Cute! – “We Love You With All Our Heart..”

Artis

Anak kepada pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama dalam suasana majlis hari jadi yang kecil dan meriah.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura berkongsi momen sambutan hari lahir anak perempuannya itu untuk tatapan umum.

It’s been a busy two weeks. Syukur alhamdulillah for Fatima’s small first birthday so that we hope she’ll remember.

We love you with all our hearts and more sayang. Semoga menjadi anak yang solehah sayang mommy and daddy. Insyallah, amin,” tulis Fazura di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, majlis yang bertemakan taman warna-warni itu dimeriahkan dengan patung haiwan, belon dan bunga-bungaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)


Sementara itu, ruangan komen foto sambutan hari jadi tersebut dihujani dengan titipan ucapan dan doa yang baik-baik buat Fatima.

Happy birthday Fatima sayang. Be a good daughter to mommy and daddy okay,” ucap seorang wargamaya.

Cantik betul Fatima ni. Mewarisi ibu ayahnya. Semoga menjadi anak solehah, gemilang, cemerlang, terbilang di dunia dan akh1rat,” tulis seorang wargamaya.

Gambar kedua tu senyuman Fatima tak ternilai. Buat hati aunty cairlah. Fatima, anak solehah,” komen seorang wargamaya.

Alhamdulillah so beautiful and charming Fatima ni. Semoga Fatima membesar jadi anak yang baik, cantik, jelita, humble, solehah, bijaksana dan berjaya. Amin. Happy first birthday sayang,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 25,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *