Anak Fazura Terima Hadiah Rantai Berlian Sempena Harijadi Daripada Tengku Permaisuri Selangor – ‘Awak Layak Terima Cinta & Kebahagiaan Di Dunia Ini’

Artis

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menghadiahkan seutas rantai berlian buat Nur Fatima Aisya iaitu anak kepada pelakon, Fattah Amin dan Fazura, hari ini. Perkara tersebut dikongsikan oleh Fazura sendiri menerusi Instagram Story miliknya. Untungnya!

Loket abjad F

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Fazura dilihat menerima sebuah beg kertas berwarna merah yang tertera nama Permaisuri Selangor. Di dalam beg kertas tersebut mengandungi seutas rantai beserta loket berlian yang direka khas dengan abjad F bersempena nama Fatima.

Selain rantai, Fatima turut menerima sekeping kad yang tertulis ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi.

Sebagai seorang ibu, Fazura menzahirkan rasa teruja dengan pemberian istimewa yang diberikan Permaisuri Selangor buat puteri kesayangannya itu.

Awak layak menerima semua ini

Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Masya-Allah, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah.

Terharu dengan pemberian tersebut, Fazura turut menitipkan doa buat Permaisuri Selangor agar sentiasa dilimpahi rezeki dan kegembiraan.

Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari, amin.

Sebelum ini, Fazura pernah menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama.

Sumber: Fazura

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *