Sebut sahaja pelakon bernama Norman Hakim, ramai sejak akhir-akhir ini begitu kagum melihat suami kepada Memey Suhaiza ini menjaga badannya yang sentiasa kekal berdisplin.
Meskipun usianya yang kini mencecah 45 tahun, perkara itu tidak menghalang untuk dirinya mengekalkan badannya yang berotot mantap dengan bersenam bersama-sama anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim.
Pun begitu, terkedu lagi peminat melihat kekuatan Norman Hakim apabila dia di Instagram mengundang ramai memberikan pujian terhadap dirinya lagi.
Dalam perkongsian Norman Hakim yang mengatakan sudah lama membuat pesanan TV akhirnya dapat memasangnya di rumah, namun dia yang menyertakan jenis TV itu dalam satu rakaman video mencetuskan pelakon terkenal ini menarik perhatian peminat dan pengikut di Instagram.
Apa tidaknya, kuat sungguh Norman Hakim yang hanya memikul TV besar itu dibahunya malah sempat berbual mengenai jenis TV yang dimiliknya itu dengan selamba.
View this post on Instagram
Netizen bagaimanapun dengan pantas meninggalkan bermacam-macam reaksi di ruangan komen apabila dia dikatakan sangat sado ketika dia membawa TV besar tersebut dibahunya sahaja untuk dibawa ke dalam rumah.
“Bang, nak jugak kena angkat macam tu, tak pernah rasa…”
“Tv besar, lengan pun besar”
“Hahaha review lain dari yang lain…”
Sumber: HCL