Kamal Adli Fitting Baju, Pernikahan Dengan Uqasha Senrose Macam Tak Lama Dah Ni

Artis

Aksi pelakon Kamal Adli yang berkongsi momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi beberapa foto di Insta Story, Instagram miliknya semalam mencvri perhatian netizen.

Menerusi foto yang menyaksikan dirinya bertemu dengan pesohor fesyen Rizman Ruzaini dan meninggalkan kapsyen ‘ukur apa tu’?, Kamal seperti memberi hint dia bakal memakai busana pengantin hasil sentuhan pereka tersebut.

Tidak hanya melakukan sesi fitting bersama Rizman, pelakon berusia 35 tahun tersebut juga berkongsi foto dirinya bertemu dengan pereka yang pakar membuat pakaian jenis suit, Kenny Lords di Lords Tailor.

Bagaimanapun, kelibat Uqasha, 29, tidak kelihatan dan tinjauan Gempak ke Instagramnya menyaksikan pelakon tersebut sibuk menjalani penggambaran drama terbarunya, The Hotel 2.

Sebelum ini dalam temubual bersama media, Uqasha memaklumkan sudah melakukan lebih 80 peratus persiapan menjelang pernikahan mereka.

Hal itu sekaligus mencetuskan spekulasi majlis pernikahan pasangan yang bertunang pada April lalu ini akan berlangsung tidak lama lagi.

Malah, ada sumber mengatakan Kamal dan Uqasha akan menikah pada awal November depan selepas terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka pada Jun lalu kerana pand3mik COV1D 19.

Pasangan tersebut juga merancang beberapa majlis, termasuk acara pernikahan yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kerabat terdekat yang mahu diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.

Terdahulu Kamal yang bergandingan dengan Uqasha menerusi drama Perempuan Tanpa D0sa telah ‘melamar’ wanita idamannya itu pada acara anugerah MeleTOP, Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Rizman Ruzaini dan Lords Tailor memang menjadi jenama kepercayaan banyak selebriti pada hari bahagia mereka.

Antara selebriti yang menggayakan busana pengantin dari Rizman adalah Fazura dan Fattah Amin serta adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose yang berkahwin dengan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada April 2019.

Instagram: @kamaladli

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *