“Sweetnya abg Remy..” Best! Remy & Ezza ‘Camping’ Mandi-Manda kt Sungai, Sekali Ini Yg Netizen Perasan

Artis Semasa

SEJAK menamatkan zaman bujang, nama hero Malaya seorang ini, Remy Ishak, memang tak sunyi daripada diperkatakan peminat. Kalau dahulu dia cukup menjaga privasi, sekarang kalau nak tahu pasal Remy boleh tengok Instagram isterinya.

Remy Ishak dan Isterinya Ezza Yusof  duduk di atas batu

Terbaharu, menerusi perkongsian Ezza Yusof dengan aktiviti mandi sungai selepas mendaki bukit baru-baru ini mengundang 1,001 reaksi lucu dan po.sitif daripada netizen.

Lucunya, ada yang ber.gurau dengan bertanya mengapa wajah suami Ezza mirip betul dengan Remy Ishak.

“Awak, muka suami awak sebiji macam Remy Ishaklah!. Kirim salah ya!,” komen seorang netizen dalam hantaran Instagram Ezza.

Sementara itu, ada juga netizen yang mendoakan jodoh Remy dengan Ezza berpanjangan dan memujinya bersederhana dalam memilih pasangan hidup.

“Alhamdulillah, manisnya Remy dengan isteri, suka tengok. Indahnya bila kita bersederhana dalam memilih,” puji seorang lagi pengguna Instagram.

Memang ramai yang suka dengan pasangan ini kerana bagi mereka, Remy dan Ezza sangat merendah diri dan tidak suka menayangkan kebahagiaan secara berlebih-lebihan.

Komen Netizen:

“Muka suami akak macam Remy ishak la..”

“Macam Remy ishak la..”

Sekadar perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:kosmo, IG Ezza Yusof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *