Bukan mudah bagi seorang ibu yang sudah mempunyai tiga anak untuk kekal sihat dan cantik. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian. Rutin harian sudah tentu lebih tertumpu kepada si kecil berbanding diri sendiri.
Namun selebriti cantik yang kini berusia 40 tahun, Fiza Abdul Halim berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih mampu tampil menawan.
Tidak dinafikan, cemburu tengok kemulusan kulit wajah Fiza. Macam porselin, satu jer4wat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona tidak lama dulu hanya tertawa kecil.
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka mekap kot. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vaccum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam sebab kalau nak pergi gim bagai memang tak bolehlah dengan si kecil lagi.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana. Petua turun-temurun tak ada cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.
Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit. Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Jika kebanyakan wanita gemar mer4wat dan membelai tubvh di spa kecantikan, berbeza pula bagi ibu ini. Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun akhirnya berc3rai.
Malah, perkahwinan Fiza dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Aizat Al Jefri pada Disember 2016 juga tidak berpanjangan. Mereka dikatakan berc3rai pada 22 Julai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Baby Aleena.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: NONA