Shoot Tudung, Izara Minta – “Nak Labuh Tau Tak Nak Singkat”, Pakai Macam Mana Pun Tetap Cantik!

Artis

Usahawan kosmetik terkenal Ashh&Annas berkongsi permintaan pelakon Izara Aishah sewaktu sesi penggambaran koleksi tudung terbaharunya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ashh&Annas merakamkan gelagat Izara yang tergelak sebaik sahaja mendengar lagu dimainkan.

“Ya Allah dia suka lagu Hindustan sekali shoot abang kawasan buka lagu jiwang karat. Terus dia tergelak besar sampai merah muka,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ASHH&ANNAS® (HQ) (@ashhannas)


Selain itu Ashh&Annas juga turut berkongsi permintaan Izara yang mahu tudung dilabuhkan.

“Macam patung Izara Aishah ni. Dia memang pesan awal-awal ‘abang Anas, Izara nak pakai labuh tau tak nak singkat,’ kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ASHH&ANNAS® (HQ) (@ashhannas)


Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dihujani dengan komen-komen positif yang memuji kecantikan Izara dan juga koleksi tudung berkenaan.

Untuk info, Izara tampil dengan imej bertudung pada 13 Ogos lalu.

Perkara itu ternyata membuatkan peminatnya berasa gembira dengan perubahan Izara ke arah yang lebih baik.

Bukan hanya berhijab, Izara juga bertindak memadamkan gambar-gambar lamanya di Instagram.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *