“Emak ada cakap Abam datang lawat” Ali dedɑh apa yg Abam cakap kat mak

Artis

GOMBAK – “Alhamdulillah, emak pergi pada penghulu segala hari dan segala urusannya lancar sejak meningg4l dunia malam tadi sehingga selama dikebumikan.”

Itu luahan kesyukuran pelawak, Ali Puteh selepas pengebvmian allahy4rham ibunya, Sabariah Arshad, 64, di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini hari ini.

Malah Ali berkata, ibunya sebelum ini selalu menyatakan hasrat untuk ‘bertemu’ dengan arw4h abangnya, arwah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sejak pemergian Abam pada 10 Februari tahun lalu, ibunya sering meluahkan rasa rindu dengan Abam Bocey yang juga anak sulungnya itu.

“Cita-cita emak hendak jumpa abang tercapai, itulah cita-cita yang hari-hari dia cakap, emak rindu abang, hari ini dia pergi selama-lamanya dan saya reda setiap manusia yang hidup akan m4ti,” katanya.


Ali Puteh menyiram air dipusara jenaz4h ibunya, Allahyarhamah Sabariah Arshad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.

Beliau ditemui MalaysiaGazette selepas selesai majlis pengebvmian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira pukul 12 tengahari ini.

Terdahulu, jenaz4h tiba di Masjid BT8 pukul 9.00 pagi untuk dimandikan, dikaf4nkan dan disembahyangkan.

Sabariah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai peny4kit di Hospital Selayang, di sini, pukul 11.54 malam tadi.

Pada Disember tahun lalu, arwah pernah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana ser4ngan asma hingga terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Arwah meningg4lkan empat orang anak.

Sementara itu, Abam meningg4l dunia dalam tidur di kediamannya di Gombak dipercayai akibat dem4m panas pada 10 Februari 2020.


Ali Puteh mengaminkan doa sejurus selesai menguruskan jenaz4h ibunya, Allahyarhamah Sabariah Arshad di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.

Mengulas lanjut, Ali memberitahu, sehari sebelum arwah masuk hospital pagi Selasa lalu, Sabariah memberitahu Abam telah datang ‘melawatnya’ di rumah untuk membawanya pergi bersama.

Namun Ali hanya mampu memeluknya ibu dan menasihati agar ibunya tidak bercakap perkara yang pelik sebaliknya banyak berehat.

Ujarnya lagi, pada pukul 3 pagi, Sabariah mengadu sesak nafas dan terus dihantar ke Hospital Selayang sebelum ibunya ditidurkan pada pukul 10 pagi akibat paru-paru dimasuki banyak air.

“Malam Isnin lalu dia panggil saya ke bilik, saya tanya emak nak cakap apa? Kalau yang cakap bukan-bukan saya tak nak dengar.

“Mak nak cakap betul-betul ini dan dia peluk saya, mak sayang angah tapi mak betul-betul dah nak pergi dah. Tapi ketika itu emak tidak ada tanda-tanda s4kit pun.

“Abang kau dah banyak kali ‘datang’ ke bilik emak, panggil emak ini. Saya kata, emak jangan merepek macam ni dan emak rehatlah tapi dia tetap cakap, abang sudah panggil dia, saya peluk dia.

“Pukul 3 pagi Selasa dia sesak nafas saya bawa ke hospital. Esok pukul 10 pagi doktor terpaksa tidurkan sebab paru-paru emak banyak air dan saya cuma datang semula untuk menuntut jenazah malam tadi selepas tiga hari,” ceritanya penuh sebak.

Ali menambah, dia reda dengan ketentuan Allah SWT apabila hilang tiga insan tersayang termasuk anaknya dalam setahun sembilan bulan lalu. – MalaysiaGazette

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://media98times.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *