Ada-ada sahajalah gelagat comel Nur Fatima Aisya yang mengundang peminat terhibur apabila si cilik ini semakin membesar dengan sangat bijak dan comel sama persis ibu bapanya iaitu Fazura dan Fattah Amin.
Beberapa hari lagi pula, Nur Fatima Aisya bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama. Pun begitu, terbaharu netizen terhibur lagi dengan gelagat anak selebriti ini apabila tular di aplikasi TikTok.
Apa tidaknya, bukan sahaja gelagat Fatima yang mengundang ‘geram’ malah Fazura juga sering menarik perhatian ramai dengan cara layanan lembutnya buat puteri kesayangannya itu.
Menerusi ruangan TikTok peminat keluarga selebriti ini memaparkan Fazura yang mencari anak dan suami, Fattah Amin dan rupa-rupanya dua beranak itu sedang meluangkan masa dengan bersenam.
Namun begitu, gelagat Fazura memanggil Fatima yang sedang bermanja dengan Fattah Amin membuatkan peminat terhibur kerana tidak dilayan. Lalu netizen berkata, ia mungkin perkara biasa apabila anak bongsu akan lebih rapat dengan bapanya.
Melihatkan telatah Fatima bermanja dengan Fattah Amin itu mengundang pula netizen berseloroh dengan pelbagai reaksi di ruangan komen sambil merasa tertarik dengan suara lembut Fazura memanggil anaknya itu.
“Perfect sungguh family. Isteri cantik, suami hensem…”
“Kelakar aku tengok Fatima ni…”
“Anak perempuan memang tak layan mummy kan bila ada daddy…”
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL