Bakal Sambut Kelahiran Anak Lelaki, Elly Mazlein Dah Cuti Bersɑlin

Artis

Hari indah bagi penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein bakal tiba. Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu memberitahu yang dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki dalam masa terdekat.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina berkata, dia sudah mula cuti bers4lin dan mengakui tidak sabar untuk menanti hari menyambut kel4hiran buah hati keduanya tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


“Terima kasih MeleTOP sudi jemput Kak Lina malam tadi (kelmarin). Ada rezeki insya-Allah kita jumpa tahun depan.

“Dengan ini, Kak Pom dan cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. insya-Allah… Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama,” ujarnya.

Dalam masa sama, Elly juga memohon agar para peminat mendoakan kesejahteraannya selain proses kel4hiran anaknya berjalan lancar.

“Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” ujar Kak Lina.

Elly atau nama penuhnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, mendirikan mendirikan rumah tangga keduanya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan bersama Azmi, Elly dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *