Pasangan bagai pinang dibelah dua ini, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin selepas menghalalkan hubungan mereka pada 19 September lalu nampaknya tidak henti-henti menjadi perhatian ramai.
Apa tidaknya, pasangan selebriti ini diam diam kahwin mengundang netizen memberikan pujian terhadap mereka yang tidak terpalit kontroversi mengenai kisah cinta namun kini ramai merasa tak keruan melihat gelagat sweet Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin selepas bergelar suami dan isteri.
Dalam pada kedua-dua selebriti ini menjadi perhatian wargamaya, ada juga yang berpendapat bahawa Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin seperti pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dimana mereka juga antara yang disukai ramai.
Dalam perkongsian salah seorang pengguna TikTok ini ternyata turut menarik perhatian netizen dengan ratusan komen dimana gelagat sweet Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin menjadi bualan lagi.
Sehubungan video pasangan ini dimuat naik semula di ruangan TikTok terbabit, mereka turut mengundang netizen single meninggalkan bermacam-macam komen seloroh terhadap kedua-dua selebriti ini.
Yusuf Bahrin bagaimanapun turut dikatakan salin tak tumpah seperti Aeril Zafrel dimana selain wajah, peminat pasti sikapnya juga seperti pelakon tersebut.
“Bila tak pernah tengok pasangan tu rapat sebelum kawen…”
“Aku je ke nampak Yusuf ni macam Aeril Zafrel…”
“Dapat aiskrim pun happy…”
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Tiktok via HCL