Berpakaian Longgar Tapi Tak Kalah Dalam Berfesyen, Nana Mahazan Dipuji Makin Cantik Sejak Bertudung

Artis

Sebelum ini, pengacara Nana Mahazan atau nama komersilnya Nana sangat terkenal dengan penampilannya yang moden dan urban. Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan langsing membuatkan penampilannya sentiasa kelihatan ‘sempurna’ dan terletak.

Pakai apa pun nampak kena. Bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini juga dianggap salah seorang artis wanita yang fashionable mengikut trend semasa.

Setelah bertudung penampilannya berubah secara total. Memilih penampilan yang sederhana dan ringkas dengan pemilihan warna yang sejuk mata memandang. Pakaian pun longgar lengkap berstoking. Masya-Allah, suka sangat tengok penampilan terbarunya sejak berhijrah (bertudung). Malah, penggayaan tudung pun ringkas saja namun sangat sesuai dengan bentuk wajahnya yang tirus.

Aktif bersesi siaran langsung (Live) di Instagram, ibu kepada Althea dan Aaqib ini dilihat semakin bahagia dan tenang dengan penampilan terbarunya itu. Setiap kali berkongsi di akaun media sosialnya pasti mencuri perhatian para followers. Malah, mereka turut memberi kata-kata semangat dan sokongan buat Nana agar terus istiqamah.

Tertarik dengan satu posting dimuat naik oleh Nana yang menggambarkan kesyukurannya ke atas perubahan tersebut dan Allah telah memakbulkan doanya selama ini untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Hari ini, sebelum Asar dan hujan telah pun turun dengan lebatnya. Ia sangat-sangat apa orang cakap…. makbul doanya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)


Menurut isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini, perubahan itu bukanlah sesuatu yang diraikan sebaliknya sesuatu yang menggembirakan. Sebab itulah Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan hanya berkongsi tentang permulaan journey penghijrahannya itu di saluran Telegram bersama circle yang setiasa bersamanya selama ini.

Semoga Nana kekal istiqamah, bahagia dengan kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat. Yakinlah, bila kita sentiasa berusaha untuk berubah ke arah kebaikan Allah Maha Melihat dan Mendengar suara hati kita. Dia pasti akan makbulkan pada masa yang tepat. Dialah sebaik-baik Perancang.

Selain itu, Nana juga dilihat ligat mempromosikan bisnesnya iaitu Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana.

Kredit Foto: Instagram @nanamahazan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *