“Suapan Pertama Aku Menɑngis…” -Nana Mahazan Sebɑk Imbau Memori Dengan Mak

Semasa

Pengacara Nana Mahazan memaklumkan dirnya kini mengeluarkan dua produk makanan terbaharu iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai di bawah jenamanya, Selauk Nana.

Di samping mempromosikan produk tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram, hos berusia 38 tahun ini turut imbau kenangan menu Lempeng air tangan ibunya.


Oleh kerana berasa terlalu rindu dengan ibunya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama ini dilihat telah menyediakan menu ringkas tersebut.

Pada masa sama, Nana menambah ibunya sering sediakan juadah berkenaan sewaktu dia kanak-kanak.

“Aku buat lempeng masa ‘Live’ kat Facebook dan masa suapan pertama aku men4ngis sebab mengingatkan aku dengan Mak, aku rindu g1la dekat Mak dan lempeng ni aku dah lama tak buat dekat 10 tahun.

“Aku tak pernah dapat rasa lempeng yang sesedap macam mana Mak buat tapi hari ini sebab teringin sangat nak makan dengan sambal ikan bilis jadi aku pun buat.

“Suapan pertama saya rasa sangat Ajaib, saya teringat zaman kanak-kanak saya sebab saya membesar dulu sebelum pergi sekolah Mak akan buat lempeng,” katanya.

Sekadar informasi, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada tanggal 1 Julai 1983 di Muar, Johor Darul Takzim.

Foto: Instagram Nana Mahazan

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mediahiburan Via IG Nana Mahazan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *