“Suami Ada 4 Orang Anak, 7 Cucu,” – Penyanyi Min Yasmin

Semasa

Penyanyi Min Yasmin berkongsi satu video menerusi aplikasi TikTok bercakap mengenai soal rezeki zu.riat.

Meski sudah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama kom.poser, Julfekar Ahmad Shah namun pasangan selebriti ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Min yang turut aktif mengembangkan bakat nyanyiannya di Filipina men.dedah.kan, suami sudah mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Malah, Julfekar juga kini memiliki tujuh orang cucu.

“Suami ada 4 orang anak & 7 orang Cucu (hasil perkahwinan yang dulu). Bukan kita yang tentukan REZEKI ZURIAT seseorang.

“Bersyukur atas kasih sayang & redha Allah SWT buat kami,” tulis Min pada video yang di muat naik.

VIDEO:

Malah dia turut akui mereka kekal harmoni hidup bahagia hidup bersama.

“Ajal, Maut, Jodoh & Rezeki ketentuan Allah. Hampir 8 tahun kami sebagai suami isteri. Kami sangat bahagia

alhamdulillah.. Doakan yang baik-baik ya,” tulisnya lagi.

Video sama turut dikongsikan Min menerusi Insta Stories di Instagram.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada April 2014.

Sementara itu, Min menerusi MH memberitahu dia bersama suami ketika ini giat menguruskan bisnes Nasi Lemak Bro Jul di Kota Kinabalu, Sabah.

“Sebelum ini kami ulang-alik dari Manila, Filipina dan atas situasi semasa, kami kini berada di Sabah sambil menguruskan perniagaan nasi lemak sejak lapan bulan lalu.

“Pada masa sama saya luangkan masa berada di ‘home studio’ bersama suami untuk menyiapkan proses rakaman lagu bagi album penuh saya yang bakal memuatkan 18 buah lagu, insyaAllah.

“Doakan semoga Covid-19 ini kian reda di negara dan dipermudahkan urusan semua walau di mana berada,” katanya yang turut aktif melakukan kerja amal sekitar Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *