Sebelum Pelvk Islam, Stacy Dedah Akim Ahmad Banyak Kongsi Mengenai Keindahan Islam

Semasa

Queen of Dancing Malaysia’, Stacy Anam mengimbas kembali pengalamannya menjadi ‘saudara baharu’ apabila 24 Ogos lalu, genap enam tahun usia Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

Stacy Akui Akim Banyak Bimbing Dekati Islam

Perkongsian itu dibuat Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya kendalian usahawan yang juga pelakon dan penyanyi, Tya Ariffin. Menurut Stacy, dia akui suaminya yang tercinta  Akim Ahmad antara insan yang banyak men.jen.tik hatinya untuk mendekati agama Islam.

Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam selama ini cukup santai dan ‘tidak terlalu berat’.

“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.

“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang ter.pacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik merujuk kepada Akim ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy

Dedah Ibubapa Teman Peluk Islam

Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada Tya, antara detik paling bermakna dan manis untuk dikenang  hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia me.me.luk Islam.

Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dica.lari dengan pen.ye.baran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.

“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi ke.coh.

“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.

Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi ta.kut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,”  tambah Stacy.

Dalam pada itu, Stacy mengakui dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.

“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi

Untuk info, Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin. Sebelum ini, program tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila secara eksklusif berkongsi pelbagai kisah peribadi dan pengalaman figura-figura terkenal.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *