“Perut dah nampak… macam lima atau enam bulan je”- Netizen

Semasa

Khabar angin yang mendakwa selebriti sensasi, Noor Neelofa Mohd. Noor sedang ha.mil semakin bert.iup ken.cang selepas kelihatan kerap memegang ‘baby bump’ ketika hadir di Kompleks Mah.ka.mah Seremban di sini hari ini.

Noor Neelofa yang memakai jubah berwarna kelabu sesekali dilihat memegang perutnya dan sering dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail ketika berjalan.

Pasangan selebriti itu hadir di mahkamah pada prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Hasil bidikan gambar Noor Neelofa oleh jurukamera Kosmo!, Mohd. Shahjehan Maamin juga menampakkan perutnya yang seakan sedang hamil, namun sehingga hari belum ada pengesahan rasmi oleh Noor Neelofa tentang berita gembira tersebut.

Sementara itu, menerusi Instagram Kosmo! rata-rata orang ramai memberikan komen positif selain mendoakan pasangan sama cantik sama sepadan itu.

“Comel baby bump. Alhamdulillah,” komen @fatin_azman98.

“Perut dah nampak… macam lima atau enam bulan je,” ujar @qisiha.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *