Fuhh Tak Sangka, Ibu Daiyan Trisha Bukan Calang-Calang orang Rupanya

Artis

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memuatnaik ucapan buat ibu tercinta di media sosialnya, bagi meraikan hari persaraan ibunya Dr. Samsiah Mohd Nor sebagai guru sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.

Daiyan Bangga Miliki Ibu Yang Hebat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Dipetik dari Instagramnya, artis berbakat ini meluahkan rasa gembira dan bangga atas pencapaian ibunya sebagai seorang pendidik, anak dan isteri yang bertanggungjawab, ibu kepada lima orang anak serta seorang rakan setia.

Foto – Instagram @daiyantrisha

“Yang pasti ianya bukan mudah untuk menjadi pendidik… Dan menjadi penulis berjaya, ibu kepada 5 orang anak, isteri dan anak yang taat, seorang kawan yang setia..

Dan untuk melakukannya dengan mudah, dengan kasih sayang.. Dia seorang ibu yang hebat..”

Merupakan Penulis Buku Terkenal

Siapa sangka ibu kepada wanita jelita ini rupa-rupanya merupakan seorang penulis buku terkenal, banyak koleksi buku-buku yang dihasilkan dari era 90an merupakan hasil karya ibu Daiyan sendiri iaitu Dr. Samsiah Mohd Nor.

Foto – Instagram @daiyantrisha

Berdasarkan carian Murai My di Goodreads, Dr. Samsiah banyak menghasilkan buku-buku novel klasik yang terkenal dan popular seperti Riana, Maya Pusara, Tangisan Bulan Madu, Sindora dan puluhan karya yang menarik untuk bacaan umum.

Foto – Instagram @daiyantrisha

Memang bukan biasa-biasa ibu Daiyan Trisha, bukan saja seorang pendidik yang berdedikasi malah merupakan wanita yang hebat membahagi masa buat keluarga serta menghasilkan karya penulisan yang hebat zaman berzaman.

Sekadar Perkongsian Dan jangan lupa Komen yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *