Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland

Artis

Memetik portal Astro Gempak, anak sulung pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn iaitu Ariq telah berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland semalam.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ozlynn turut memuat naik video dan gambar momen anaknya itu bersama keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)


Ozlynn berkata meskipun anaknya itu sudah meningkat dewasa namun tetap manja dengan mereka, malah adakalanya masih tidur dengan Johan.

“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh bukak pon dia selamber jek bukak. Tidur ket1ak papa lagi.. kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur,” tulisnya.

Ozlynn berkata Ariq kini perlu hidup berdikari serta mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara anaknya itu dan dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu.

“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah.. Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,” ujarnya.

Selain Ariq, Johan dan Ozlynn turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan baru menimang seorang lagi cahaya mata pada 3 September lalu.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *